AGM SASEROBA 2014



Persatuan Alumni SM Sains Tuanku Munawir atau SASER Old Boys Association (SASEROBA) telah didaftarkan secara rasmi pada 27 Mei 2012. Matlamat utama penubuhan SASEROBA adalah secara umumnya untuk menyatukan bekas pelajar-pelajar dibawah satu institusi yang khusus dengan semangat persahabatan dan persefahaman. Ia juga seterusnya menjadikan SASEROBA sebagai landasan untuk kembali menyumbang bakti kepada masyarakat sekeliling dan kepada Sekolah SM Sains Tuanku Munawir khususnya.

Tahun 2014 adalah ulangtahun penubuhan ke-2 SASEROBA. Selama 2 tahun penubuhannya, SASEROBA telah melalui satu perjalanan amat bermanfaat dan berguna untuk sebuah pertubuhan yang baru dan seterusnya menjadikan SASEROBA sebuah pertubuhan yang disegani. Namun yang demikian SASEROBA tidak akan berjaya tanpa sokongan penuh ahli-ahlinya dan itulah tunjang kekuatan SASEROBA selama penubuhannya.

Sehubungan dengan itu SASEROBA akan mengadakan mesyuarat agung tahunan kali yang ke-2 pada 17 Ogos 2014. Oleh yang demikian, kami menjemput bekas pelajar-pelajar untuk sama-sama menyumbang bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan ini.

Mesyuarat agung ini adalah bertujuan untuk:

1. Mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu.

2. Mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit.

3. Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan).

4. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

Sehubungan dengan itu SASEROBA menjemput bekas pelajar untuk mendaftar sebagai ahli SASEROBA dan seterusnya layak untuk menjadi wakil dalam menggerakkan SASEROBA itu sendiri. Disamping itu, setiap ahli yang berdaftar akan memperolehi faedah dalam sebarang aktiviti yang akan dijalankan oleh SASEROBA.

Yuran keahlian adalah seperti berikut:

1. Bayaran masuk : RM 100.00 . Untuk tahun pertama.

2. Yuran : RM 50.00 . Untuk tahun berikutnya.


Link untuk Perlembagaan SASEROBA : Klik Sini

Link untuk borang pendaftaran ahli SASEROBA : Klik Sini


Setelah melengkapkan borang yang dilampirkan, borang bolehlah di emailkan kepada saudara
Yusri bin Yunus.

No. Tel: +6012 292 1230.
Email: mohdyusriyunus@gmail.com.

Pembayaran boleh dibuat terus kepada akaun rasmi SASEROBA:
BANK : MAYBANK
NAMA : PERSATUAN ALUMNI SM SAINS TUANKU MUNAWIR
NO. AKAUN : 555135103646